بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Nie adalah post pertama sy,setelah sy lama tersesat dalam dunia yg fana nie,akhirnya sy ketemui jln betul benar2,jalan yg lurus..syukur Alhamdulilah,sy masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk kembali ke jalan betul,kalau tidak kerana-NYA mungkin sy akan terus tersesat,ALHAMDULILAH.
Sy seorg wanita,setiap wanita itu jiwanya sangat lembut,bila diketuk sedikit mungkin jiwa dia akan bergoyang,lembik,cair..percaya la.Bila sesorg lelaki itu datang kepadanya dan memberikan sedikit janji2 manis terus jiwa wanita itu goyang dan cair mcm ais di padang pasir, ini pernah berlaku ketika zaman jahil ku..tp yg nie lain pulak ketukkannya,janji2 manisnya sehinggakan sy sendiri rasakan manis itu seperti gula2 kapas yg cair dalam mulut,janji2 tu la yg membuat sy berubah dan pintu hati diketuk kuat.Ketukan itu ialah Hidayah Allah,Masyaallah.sungguh sy x sangka.Hidayah-Nya sungguh indah.Janji2 manis itu ialah kehidupan di Akhirat kelak..
SEPASANG stokin dipakai dikaki,menjadi langkah pertama sy untuk berubah,pd mulanya sy tidak suka memakai stokin untuk ke kelas dan berjalan2,kalau pakai kasut sukan jer sy suka pakai stokin,sebab takut melecek.Pada mulanya sy x tahu yg kaki wanita nie aurat sebenarnya,sy bt tak kisah la..brjalan ke sana sini degn membuka aurat,yg sy tahu bila seseorg tu dah pakai tudung aurat dia dah ditutup..tetapi tidak sama sekali..AURAT WANITA itu seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan..dan pakaiannya tidak ketat,sehinggakan menampakan susuk tubuh,tidak jarang..ok sekarang baru sy tahu yg kaki wanita juga aurat jugak..sy silap.
Apabila sy ditegur oleh seorg lelaki,tentang kaki sy yg tak berstokin sy terus rasa malu,kerana dia memberitahu sy yg dia dpt baca tentang sy dengan hanya melihat ibu kaki sy...sy terus malu..dan terus sy pakai kasut,lepas tu sy tanya member sy betul ker yg kaki wanita itu aurat?? dia menjawab YA!!!! ok fine sekrg bru sy faham,banyaknyer dosa sy,dosa membuka aurat..
Setelah sy tahu,sy terus memakai stokin,nak tahu x apa yg bestnyer pakai stokin,bukn setakat menutup aurat mu,tp dia jugak boleh jadi pelindung sinaran UV kpd kaki kita,jd kaki kita x hitam la dan x ada bekas selipar di kaki mu.Selain itu jugak kuku kaki kita jugak akan bersih dr debu2 kotor di luar.Dengan cara nie,kuku kaki kita akan bersih dan x perlu buang duit untuk ke SPA untuk bersihkan kuku..jimat...
okey setakat nie dulu perkongsian sy,so sy di sini nak ajak sahabat2 sy yg sy tercinta untuk berubah..
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah Ar-Ra’d: 11)
Segala yg baik itu datang dr Allah jua,manakala yg buruk dan lemah itu terbit drpada diri saya sendiri.
Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh..









No comments:
Post a Comment